Kejohanan Tarik Tali Tertutup Negeri Johor Sempena Karnival Iskandar Puteri Ke-9 2026
Penyertaan ditutup dalam
17 November 2026, 11:59 PM
- Tempoh penyertaan
- 26 Okt – 17 Nov 2026
- Ditutup 11:59 PM
- Kelayakan
- 18 tahun ke atas
- Terhad 12 penyertaan terawal · penuh
- Hadiah
- RM2,500 · RM2,000 · RM1,500
- + Keempat, Tempat Ke-5 hingga Ke-8 (4 pasukan)
- Penyertaan
- Borang penyertaan dalam talian
// tentang pertandingan
Sempena Karnival Iskandar Puteri Ke-9 (KIP9) 2026, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menganjurkan Kejohanan Tarik Tali Tertutup Negeri Johor pada 21 November 2026 di Gateway Garden, Dataran Laksamana, Iskandar Puteri.
- Terbuka kepada pasukan lelaki warganegara Malaysia (pemastautin tetap Negeri Johor) berumur 18 tahun ke atas.
- Terhad kepada 12 pasukan terawal — 6 penarik, 2 simpanan, pengurus dan jurulatih.
- Yuran penyertaan RM150 sepasukan; muat naik resit bayaran dalam borang penyertaan.
- Hadiah wang tunai keseluruhan RM8,000 termasuk piala iringan dan medal.
// langkah
Cara Menyertai
-
1
Daftar akaun
Daftar dengan e-mel dan sahkan melalui pautan yang dihantar ke e-mel anda (semak juga folder Spam/Junk). Disyorkan pengurus pasukan mendaftar bagi pihak pasukan.
-
2
Bayar yuran penyertaan
Bayar RM150 sepasukan ke akaun CIMB Bank 8006025567 (Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) dan simpan resit pembayaran.
-
3
Isi borang pasukan
Lengkapkan maklumat pengurus, jurulatih dan 6 hingga 8 pemain (nama dan No. KP), kemudian muat naik resit bayaran dalam borang yang sama.
-
4
Tunggu pengesahan
Urus setia akan menyemak resit dan mengesahkan penyertaan. Terhad kepada 12 pasukan terawal. Status boleh disemak di menu "Penyertaan Saya".
-
5
Hadir timbangan & taklimat
21 November 2026, 8.00 – 10.00 pagi di Bilik Perbincangan, Jabatan Penguatkuasaan MBIP. Bawa kad pengenalan asal semua pemain.
Kategori
-
Terbuka Lelaki
18 tahun ke atasPasukan lelaki, pemastautin tetap Negeri Johor
Umur dikira pada 21 November 2026 berdasarkan No. kad pengenalan.
// ganjaran
Hadiah Menanti Anda
-
Johan
RM2,500
Wang tunai, piala iringan dan medal
-
Naib Johan
RM2,000
Wang tunai, piala iringan dan medal
-
Ketiga
RM1,500
Wang tunai dan medal
-
Keempat
Wang tunai dan medal
RM1,000
-
Tempat Ke-5 hingga Ke-8 (4 pasukan)
Wang tunai
RM250 sepasukan
Johan dan Naib Johan turut menerima piala iringan dan medal; Ketiga dan Keempat menerima medal.
Bahan Muat Turun
-
PDF
Muat turun
Syarat dan peraturan kejohanan (PDF)
PDF · 160.3 KB
// sila baca
Syarat & Peraturan
Perkara penting diserlahkan untuk rujukan pantas.
SYARAT DAN PERATURAN
KEJOHANAN TARIK TALI TERTUTUP NEGERI JOHOR SEMPENA KARNIVAL ISKANDAR PUTERI KE-9 2026
A. SYARAT AM 8 perkara
- 1. Terbuka kepada lelaki warganegara Malaysia (pemastautin tetap Negeri Johor) berumur 18 tahun ke atas.
- 2. Terhad kepada 12 pasukan terawal. Pendaftaran ditutup secara automatik apabila 12 pasukan telah mendaftar.
- 3. Kad Pengenalan akan digunakan sebagai pengesahan pemain. Sila bawa kad pengenalan asal pada hari kejohanan.
- 4. Setiap pasukan boleh mendaftar 6 penarik, 2 simpanan dan 2 pegawai (pengurus dan jurulatih).
- 5. Berat 6 orang penarik adalah tidak melebihi 540 kg.
- 6. Pertandingan adalah tanpa kasut (kaki ayam).
- 7. Peserta hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai.
- 8. Peralatan tambahan yang memberi kelebihan tidak wajar adalah tertakluk kepada pemeriksaan Pegawai Teknikal.
B. TARIKH, MASA DAN TEMPAT 3 perkara
- 9. Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
- 10. Masa: 10.30 pagi – 6.00 petang
- 11. Tempat: Gateway Garden, Dataran Laksamana, Iskandar Puteri
C. YURAN PENYERTAAN 3 perkara
- 12. Yuran penyertaan: RM150 bagi setiap pasukan.
- 13. Bayaran hendaklah dikreditkan ke akaun CIMB Bank 8006025567 — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
- 14. Muat naik salinan resit pembayaran dalam borang penyertaan. Penyertaan hanya disahkan selepas urus setia menyemak resit. Resit palsu atau tidak sah akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
D. TARIKH TUTUP PENYERTAAN 1 perkara
- 15. Tarikh tutup penyertaan: 17 November 2026 (atau lebih awal sekiranya 12 pasukan telah mendaftar).
E. HADIAH 5 perkara
- 16. Johan: RM2,500 + piala iringan + medal
- 17. Naib Johan: RM2,000 + piala iringan + medal
- 18. Ketiga: RM1,500 + medal
- 19. Keempat: RM1,000 + medal
- 20. Tempat ke-5 hingga ke-8: RM250
F. TIMBANGAN, UNDIAN DAN TAKLIMAT 5 perkara
- 21. Tarikh: 21 November 2026
- 22. Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
- 23. Tempat: Bilik Perbincangan, Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
- 24. Timbang berat: berpakaian sopan, sekurang-kurangnya berseluar tight.
- 25. Pertandingan: jersi pasukan / pakaian menutup aurat, tanpa kasut (kaki ayam).
G. SISTEM PERTANDINGAN 10 perkara
- 26. Sistem liga 2 tarikan; kalah singkir di pusingan kedua.
- 27. Kaedah pemecah seri sekiranya mata sama (mengikut turutan):
- Siapa kalahkan siapa
- Pasukan paling banyak menang straight set
- Berat badan pasukan yang lebih ringan
- Kurang amaran
- Lambung syiling
- 28. Panjang tarikan: 4 meter.
- 29. Kiraan mata perlawanan: menang 3 mata, seri 1 mata, kalah 0 mata.
- 30. Arahan pertandingan akan diterangkan oleh Ketua Pengadil semasa mesyuarat pengurus pasukan.
H. KESALAHAN PERTANDINGAN 10 perkara
- 31. Duduk (Sitting) — duduk dengan sengaja setelah diberi amaran akan diberi satu kesalahan; jika terjatuh, dikehendaki kembali ke kedudukan asal dengan segera.
- 32. Menyandar (Leaning) — mana-mana bahagian badan (selain tapak kaki) menyentuh tanah atau penarik lain.
- 33. Mengunci (Locking) — mematikan pergerakan tali dengan mengunci menggunakan siku, tangan menyentuh bahagian kaki dan badan, atau tindakan pegangan / himpitan yang boleh mencegah tali daripada bergerak.
- 34. Pegangan (Grip) — kedua-dua tapak tangan hendaklah menghadap ke atas. Tidak boleh menarik tali di bahagian belakang badan. Tangan peserta paling hadapan perlu berada sebelum pita penanda.
- 35. Mendayung (Rowing) — menarik secara duduk, bangun, duduk berulang-ulang, atau menarik tali dengan cara duduk di atas tanah kemudian membawa kaki ke belakang secara berturut-turut.
- 36. Memanjat (Climbing) — menarik tali dengan cara membawa tangan satu persatu ke hadapan secara bergilir-gilir sedangkan kaki tidak bergerak.
- 37. Mencangkung (Position) — keadaan duduk di atas kaki atau betis sendiri, atau lutut / paha penarik di belakangnya atau kaki sendiri dan tidak melepasi bahagian lutut.
- 38. Melepaskan tali — pasukan yang sengaja melepaskan tali sehingga boleh mengakibatkan pasukan lawan terjatuh atau berisiko cedera boleh dibatalkan penyertaan.
- 39. Tali tidak bergerak (Inactivity) — jika kedua-dua pasukan tidak berusaha menarik sehingga tali tidak bergerak dalam jangka masa yang agak lama, pengadil boleh menghentikan tarikan dengan keputusan "TIADA TARIKAN" (NO PULL). Tarikan semula dibuat di gelanggang yang sama atau gelanggang baharu.
- 40. Kedudukan tekong — tali tekong hendaklah melalui bawah ketiak kanan dan atas bahu kiri, serta hujung tali dilepaskan. Tekong dibenarkan memakai pelapik / vest tidak melebihi 5 cm tebal di dalam baju dan dibenarkan memasang tali terlebih dahulu.
I. KESALAHAN LAIN 4 perkara
- 41. Bagi setiap tarikan, hanya seorang jurulatih dan seorang pembantu (attendance) boleh berada di dalam gelanggang.
- 42. Pembantu tidak boleh memberi arahan kepada pasukannya. Jika ingkar, amaran pertama diberikan kepada pembantu; jika ingkar lagi, amaran seterusnya diberikan kepada pasukan.
- 43. Pengganti tidak dibenarkan semasa tarikan dijalankan walaupun dalam keadaan cedera. Pengganti hanya dibenarkan semasa tarikan dengan pasukan lain.
- 44. Tali pinggang perlu dipakai di luar baju dan tidak dibenarkan berjuntai.
J. PEMBATALAN 5 perkara
- 45. Pasukan yang mendapat 3 kali amaran akan dibatalkan. Kemenangan diberikan kepada pasukan lawan walaupun kesalahan dilakukan oleh seorang penarik.
- 46. Pasukan yang menarik diri di peringkat kumpulan akan dibatalkan penyertaannya; semua pasukan lain dalam kumpulan tersebut diberi 3 mata.
- 47. Penarikan diri pemain yang menyebabkan pasukan kurang daripada 5 penarik juga akan menyebabkan pasukan dibatalkan; semua pasukan lain dalam kumpulan tersebut diberi 3 mata.
- 48. Mana-mana pasukan boleh dibatalkan penyertaan sekiranya melanggar syarat / peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
- 49. Pasukan yang membuat provokasi terhadap pengadil, memaki atau bergaduh akan disingkirkan terus tanpa sebarang rayuan.
K. KEPUTUSAN, BANTAHAN DAN RAYUAN 3 perkara
- 50. Keputusan pengadil adalah muktamad.
- 51. Sebelum membuat bantahan, pasukan dinasihatkan berbincang atau mendapatkan nasihat Ketua Pengadil terlebih dahulu. Bantahan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 15 minit selepas tarikan tamat dengan mengisi borang beserta yuran bantahan RM500. Yuran tidak dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
- 52. Juri rayuan terdiri daripada: penganjur; Ketua Teknikal; Ketua Pengadil / Penolong Ketua Pengadil; dan dua (2) pengurus berkecuali.
L. PENANGGUHAN DAN PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN 3 perkara
- 53. Jawatankuasa Pengelola berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu pertandingan dengan makluman awal atau diputuskan serta-merta.
- 54. Perkara yang tidak diperuntukkan adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pertandingan dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola.
- 55. Jawatankuasa Pertandingan berhak meminda peraturan ini pada bila-bila masa dan menolak mana-mana penyertaan yang tidak mengikut garis panduan.
M. PERTANYAAN 1 perkara
- 56. Encik Shahruddin bin Mogok (Penyelaras Kejohanan) — 012-714 9099