STAGING — data ujian tanpa nama · e-mel tidak dihantar · bukan sistem sebenar
Langkau ke kandungan
myPertandingan
← Semua pertandingan
Pertandingan Mereka Cipta Video Keselamatan ICT di Bawah Program Bridging the Digital Divide (BDD) 2026 Besarkan
Pendaftaran dibuka 2026 #VIDEO26

Pertandingan Mereka Cipta Video Keselamatan ICT di Bawah Program Bridging the Digital Divide (BDD) 2026

Sudah ada akaun? Log masuk untuk menyertai

Penyertaan ditutup dalam

20 Hari
10 Jam
03 Minit
36 Saat

15 November 2026, 11:59 PM

Tempoh penyertaan
19 Okt – 15 Nov 2026
Ditutup 11:59 PM
Kelayakan
18 tahun ke atas
1 penyertaan setiap peserta
Hadiah
RM700 · RM550 · RM400
+ Saguhati Tempat Keempat hingga Kelapan (5 pemenang)
Penyertaan
Muat naik MP4, maks. 500 MB + pautan
Pautan: tiktok.com

// tentang pertandingan

Sempena Program Bridging the Digital Divide (BDD) 2026, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Teknologi Maklumat menjemput anda menghasilkan video kesedaran bertemakan Keselamatan ICT — contohnya scam, phishing, keselamatan kata laluan, pengesahan dua faktor, perlindungan data peribadi, keselamatan media sosial, buli siber atau penggunaan AI secara selamat. Penggunaan AI dibenarkan secara telus dan bertanggungjawab.

  • Video 1 hingga 3 minit (termasuk kredit), format MP4, resolusi minimum 1080p (melintang atau menegak). Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
  • Wajib paparkan logo rasmi MBIP dan logo BDD (muat turun di Kit Peserta) sekurang-kurangnya pada pembukaan atau penutup video.
  • Wajib terbitkan video di akaun TikTok anda secara Awam (Public) dengan #KIP9xBDD dan pautan https://www.tiktok.com/@it.mbip dalam kapsyen.
  • Lapan (8) pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

// langkah

Cara Menyertai

  1. 1

    Daftar akaun

    Daftar dengan e-mel dan sahkan melalui pautan yang dihantar ke e-mel anda (semak juga folder Spam/Junk).

  2. 2

    Muat turun logo rasmi

    Dapatkan fail di bahagian Logo Rasmi di bawah dan wajib paparkan logo tersebut dalam video anda.

  3. 3

    Muat naik karya & hantar pautan

    Isi borang penyertaan dan muat naik fail MP4 (maks. 500 MB). Pautan terus hantaran TikTok anda (tetapan Awam/Public). Kapsyen mesti mengandungi #KIP9xBDD dan pautan https://www.tiktok.com/@it.mbip Pautan dibenarkan: tiktok.com.

  4. 4

    Muat naik dokumen sokongan

    Dalam borang yang sama, muat naik Salinan kad pengenalan (bahagian hadapan), Salinan kad pengenalan (bahagian belakang), Penyata bank terkini untuk semakan urus setia. Dokumen disimpan secara disulitkan dan hanya boleh dilihat oleh urus setia.

  5. 5

    Semak status

    Urus setia akan menyemak dokumen dan mengesahkan penyertaan anda. Penyertaan boleh dikemas kini sehingga tarikh tutup melalui menu "Penyertaan Saya".

// kit peserta

Logo Rasmi

Fail PNG berlatar telus untuk dimasukkan ke dalam video. Cara paparan seperti dalam Terma & Syarat.

  • Logo rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

    PNG · 219.8 KB

  • Logo Program Bridging the Digital Divide (BDD)

    PNG · 1.5 MB

  • ZIP

    Pakej lengkap: kedua-dua logo (ZIP)

    ZIP · 1.7 MB

Kategori

  • Terbuka

    18 tahun ke atas

    Warganegara Malaysia yang menetap di kawasan pentadbiran MBIP dan berumur 18 tahun ke atas pada 15 November 2026.

Umur dikira pada 15 November 2026 berdasarkan No. kad pengenalan.

// ganjaran

Hadiah Menanti Anda

  1. Tempat Pertama

    RM700

    Piala, sijil berbingkai, cenderahati MBIP dan cek replika

  2. Tempat Kedua

    RM550

    Piala, sijil berbingkai, cenderahati MBIP dan cek replika

  3. Tempat Ketiga

    RM400

    Piala, sijil berbingkai, cenderahati MBIP dan cek replika

  • Saguhati Tempat Keempat hingga Kelapan (5 pemenang)

    Sijil berbingkai, cenderahati MBIP dan cek replika

    RM300 seorang

Bahan Muat Turun

  • Logo rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

    PNG · 219.8 KB

    Muat turun
  • Logo Program Bridging the Digital Divide (BDD)

    PNG · 1.5 MB

    Muat turun
  • ZIP

    Pakej lengkap: kedua-dua logo (ZIP)

    ZIP · 1.7 MB

    Muat turun

// sila baca

Terma & Syarat

Perkara penting diserlahkan untuk rujukan pantas.

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO KESELAMATAN ICT — BDD 2026

A. KELAYAKAN PENYERTAAN 4 perkara
  • 1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
  • 2. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup penyertaan, iaitu 15 November 2026. Penyertaan oleh individu yang belum mencapai usia 18 tahun pada tarikh tersebut tidak dibenarkan.
  • 3. Penyertaan adalah secara individu. Setiap peserta dibenarkan menghantar satu (1) video sahaja. Penyertaan berkumpulan atau penghantaran berganda tidak dibenarkan.
  • 4. Peserta hendaklah memberikan maklumat yang benar, lengkap dan boleh disahkan oleh urus setia. Pihak penganjur berhak meminta bukti kediaman atau dokumen sokongan jika perlu.
B. TEMA, KANDUNGAN DAN PENGGUNAAN AI 7 perkara
  • 5. Tema pertandingan ialah “Keselamatan ICT”. Video hendaklah menyampaikan mesej kesedaran yang tepat dan mudah difahami, antaranya ancaman scam, phishing, keselamatan kata laluan, pengesahan dua faktor, perlindungan data peribadi, keselamatan media sosial, buli siber atau penggunaan AI secara selamat.
  • 6. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) DIBENARKAN sama ada bagi membantu penulisan skrip, penjanaan visual atau animasi, suara latar, muzik, penyuntingan dan/atau penghasilan video. Peserta tetap bertanggungjawab terhadap idea, ketepatan fakta, hak penggunaan aset dan hasil akhir video.
  • 7. Peserta WAJIB mengisytiharkan sama ada AI digunakan atau tidak dalam borang penyertaan. Jika digunakan, peserta hendaklah menyatakan nama alat AI serta bahagian video yang menggunakannya. Penggunaan AI dan pengisytiharan AI bukan kriteria pemarkahan serta tidak memberikan markah tambahan atau pemotongan markah secara automatik.
  • 8. Dilarang menggunakan wajah, suara, identiti atau imej individu sebenar secara tiruan/manipulasi tanpa kebenaran; menghasilkan video yang mengelirukan seolah-olah mewakili kenyataan rasmi MBIP; atau memaparkan maklumat palsu yang boleh memudaratkan orang awam.
  • 9. Video hendaklah bebas daripada kandungan lucah, ganas melampau, fitnah, hasutan, diskriminasi, kebencian, politik kepartian, promosi perjudian atau unsur yang menyalahi undang-undang. Kandungan perlu menghormati sensitiviti masyarakat.
  • 10. Karya hendaklah dihasilkan khusus untuk pertandingan ini, tidak pernah memenangi pertandingan lain dan tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan atau hak privasi pihak ketiga. Peserta wajib mempunyai lesen/kebenaran sah bagi muzik, imej, rakaman dan bahan pihak ketiga yang digunakan, termasuk bahan janaan AI yang tertakluk kepada syarat platform.
  • 11. Video WAJIB memaparkan logo rasmi MBIP dan logo Program Bridging the Digital Divide (BDD) yang disediakan melalui sistem mypertandingan.in.mbip.my. Kedua-dua logo hendaklah jelas, tidak diubah bentuk, tidak diubah warna dan dipaparkan sekurang-kurangnya pada bahagian pembukaan atau penutup video.
C. SPESIFIKASI DAN PENGHANTARAN 8 perkara
  • 12. Tempoh video ialah antara satu (1) hingga tiga (3) minit, termasuk kredit. Format fail ialah MP4; resolusi minimum 1080p (1920 × 1080 secara melintang atau 1080 × 1920 secara menegak). Audio dan visual hendaklah jelas. Had saiz fail tertakluk kepada spesifikasi yang dipaparkan dalam sistem mypertandingan.in.mbip.my.
  • 13. Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa utama penyampaian. Bahasa lain dibenarkan sebagai sokongan sekiranya disertakan sari kata Bahasa Melayu yang jelas. Penganjur menggalakkan sari kata bagi memudahkan capaian penonton.
  • 14. Penyertaan dibuka dari 19 Oktober 2026 hingga 15 November 2026, jam 11.59 malam (waktu Malaysia). Video serta dokumen lengkap hendaklah dihantar melalui sistem mypertandingan.in.mbip.my. Penghantaran melalui WhatsApp/e-mel tidak dianggap penyertaan rasmi.
  • 15. Peserta WAJIB memuat naik dan menerbitkan video pertandingan pada akaun media social (TIKTOK) peserta sepanjang tempoh penyertaan. Hantaran mestilah mengandungi tanda pagar #KIP9xBDD dan pautan akaun TikTok rasmi Bridging The Divide MBIP https://www.tiktok.com/@it.mbip dalam kapsyen atau penerangan hantaran. Peserta boleh turut menandakan akaun @it.mbip sekiranya fungsi platform membenarkan. Tetapan hantaran WAJIB ditetapkan kepada Awam (Public), bukan Peribadi (Private), Rakan Sahaja atau Pengikut Sahaja.
  • 16. Peserta WAJIB mengisi pautan terus (URL) hantaran video di media sosial dalam sistem mypertandingan.in.mbip.my, selain memuat naik fail video. Hantaran hendaklah boleh ditonton oleh orang awam dan panel juri sehingga keputusan pertandingan diumumkan. Pautan yang tidak sah, video yang dipadam, atau hantaran yang disekat/ditetapkan sebagai peribadi boleh menyebabkan penyertaan tidak dipertimbangkan.
  • 17. Semasa pendaftaran, peserta WAJIB memuat naik: (i) fail video pertandingan; (ii) salinan kad pengenalan bahagian hadapan; (iii) salinan kad pengenalan bahagian belakang; dan (iv) penyata bank terkini yang jelas memaparkan nama pemegang akaun, nama bank dan nombor akaun bagi tujuan pengesahan serta pembayaran hadiah. Peserta juga WAJIB memberikan pautan hantaran video media sosial yang boleh diakses secara awam. Maklumat transaksi dan baki akaun bank yang tidak berkaitan boleh ditutup atau dikaburkan.
  • 18. Nama pemegang akaun bank hendaklah sepadan dengan nama peserta sebagaimana yang tertera pada kad pengenalan. Akaun bank pihak ketiga tidak dibenarkan bagi tujuan penerimaan hadiah kecuali setelah mendapat kelulusan dan pengesahan khusus pihak penganjur.
  • 19. Dokumen identiti dan bank hendaklah dimuat naik ke dalam sistem mypertandingan.in.mbip.my sahaja; jangan sertakan dokumen tersebut dalam kandungan video, hantaran media sosial atau pautan perkongsian awam. Dokumen yang kabur, tidak lengkap atau tidak dapat disahkan boleh menyebabkan penyertaan diminta untuk diperbetulkan dalam tempoh yang ditetapkan.
D. PENJURIAN, HADIAH DAN KEPUTUSAN 5 perkara
  • 20. Saringan pematuhan syarat dilaksanakan oleh urus setia. Proses penjurian berlangsung secara atas talian oleh panel juri yang dilantik pihak penganjur.
  • 21. Kriteria pemarkahan berjumlah 100% adalah seperti berikut: ketepatan fakta, mesej dan relevansi Keselamatan ICT (40%); kreativiti, konsep dan keaslian idea (30%); kejelasan penceritaan serta impak kesedaran (20%); dan kualiti teknikal visual, audio serta suntingan (10%). Penggunaan AI atau pengisytiharan penggunaan AI tidak diberikan peruntukan markah. Pematuhan terma dan syarat disemak secara pentadbiran sebelum penjurian.
  • 22. Lapan (8) peserta terbaik dipilih: tempat pertama menerima RM700, tempat kedua RM550, tempat ketiga RM400, manakala peserta di tempat keempat hingga kelapan masing-masing menerima saguhati RM300 seorang. Tiga pemenang utama turut menerima piala; semua lapan penerima menerima sijil berbingkai, cenderahati MBIP dan cek replika. Hadiah tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh MBIP. Tarikh, lokasi dan kaedah penyampaian hadiah akan dimaklumkan kemudian.
  • 23. Keputusan panel juri adalah muktamad. Jika berlaku seri, markah bagi ketepatan dan relevansi mesej, diikuti kreativiti, digunakan sebagai penentu; keputusan akhir dibuat secara bersama oleh panel juri. Juri yang mempunyai konflik kepentingan dengan peserta hendaklah mengecualikan diri daripada menilai penyertaan berkenaan.
  • 24. Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi syarat, mengemukakan maklumat palsu, melanggar hak cipta atau menggunakan kandungan berbahaya. Penganjur boleh menahan penyerahan hadiah sehingga pengesahan identiti dan akaun bank selesai.
E. HAK PENGGUNAAN, PRIVASI DAN PINDAAN 3 perkara
  • 25. Hak cipta asal karya kekal pada peserta atau pemegang hak yang sah. Dengan menyertai pertandingan, peserta memberikan lesen tanpa royalti dan bukan eksklusif kepada MBIP untuk menayangkan, menyiarkan, menggunakan petikan dan berkongsi video bagi tujuan pendidikan Keselamatan ICT, hebahan Program BDD, pelaporan dan dokumentasi program dengan pengiktirafan sewajarnya.
  • 26. Maklumat peribadi, salinan kad pengenalan dan penyata bank dikumpulkan hanya bagi pentadbiran pertandingan, pengesahan kelayakan, pengesahan penerima hadiah, pembayaran dan audit berkaitan. Akses dihadkan kepada pegawai yang diberi kuasa; dokumen disimpan secara terkawal dan dilupuskan mengikut tempoh penyimpanan rekod serta tatacara MBIP yang berkuat kuasa. Maklumat ini tidak dipaparkan kepada umum.
  • 27. Pihak penganjur berhak membuat pindaan munasabah terhadap mekanisme atau terma pertandingan atas sebab operasi/keselamatan dengan hebahan melalui saluran rasmi. Penyertaan yang dihantar dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.

Sudah baca dan faham terma?

Teruskan ke borang penyertaan. Penyertaan ditutup 15 November 2026, 11:59 PM.

Jom Sertai! →

Tinggal 21 hari lagi

Ditutup 15 Nov 2026, 11:59 PM

Jom Sertai! →